Cemburu

Bila aku cemburu, cuitlah hidungku, dan katakan padaku, cintamu hanya untukku. =)

Nabi SAW biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah dan Baginda berkata, “Wahai Uwaisy, bacalah doa: Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan.” (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

Detox day 1.

Cinta atau Rutin.
Aku percaya satu,
Lelaki dan perempuan tidak mungkin berkawan baik.
Tidak mungkin.
Salah seorang,
Salah seorang,
Pasti akan menyimpan rasa.
Atau mungkin dua-dua pasti akan menyubur kasih.
Pasti.
Yang membezakan cuma,
Adakah perasaan itu sebenar-benar cinta.
Atau cuma rutin sahaja.
Ya.
Rutin.
Umpama rutin hari-hari,
Solat.
Makan.
Cuci muka.
Mandi.
Bila sudah biasa, bangun pagi,
Terima ucapan 'selamat pagi si cantik'.
Bila makan di tanya, tidur di suruh,
Bila hari-hari asyik berkepit.
Akhirnya menjadi rutin.
Cukup 40 hari susah ditanggal melekat umpama tidak boleh dipisah.
Rasa kasih bercambah, menjadi sayang.
Hati mula tergaru-garu, adakah dia juga sayangkan aku
Jiwa mula mencari-cari, jawapan yang pasti.
Adakah berkongsi rasa,
Atau hanya bertepuk sebelah tangan sahaja.
Hendak bertanya, tidak mungkin.
Hendak mengaku, malu rasanya.
Apa kata,
Tanya hati dulu,
Adakah ini kasih, sayang, cinta
Atau mungkin, rutin sahaja.
Umpama rasa tidak lengkap hari bila tak mandi.
Ambil masa wahai hati,
Tanya tuhan berkali-kali.
Ambil masa untuk diri sendiri,
Jangan dibiar hanyut tanpa bertanya hati.