2046 open your mind people, uncover your eyes, use your heart. episode 1.




aku tidak mampu mati sebagai syahid yang berjuang di medan peperangan, 

namun aku akan berjuang di sini, dalam peperangan informasi,
biar aku sebarkan kepada mereka yang kabur dengan syurga duniawi,
supaya mereka sedar akan kejahilan mereka,
dan bersatu di bawah panji-panji Islam,
Allahuakbar!

agak terlambat post ini ditulis. saya sibuk dengan peperiksaan histology semalam. hari ini baru ada masa terluang untuk menulis. berbalik kepada issue asal, alhamdulillah, saya bersyukur kerana saya bukan ignorance. alhamdulillah, Allah swt mengizinkan saya untuk mengikuti perkembangan felestin. alhamdulillah Allah telah mengurniakan saya sahabat-sahabat warganegara felestin. andai semua ini tidak diizinkan Allah swt sesungguhnya saya pasti tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi. mulai hari ini saya wujudkan satu topik baru dalam wappy, iaitu open your mind people, uncover your eyes, use your heart, di mana saya akan cuba  untuk menyebarkan informasi mengenai krisis Gaza dengan harapan sahabat-sahabat saya yang tidak mempunyai pengetahuan langsung mengenai hal ini boleh membuka mata dan lihatlah realiti dunia sebenar. ini sahaja yang mampu saya lakukan untuk saudara-saudara islam di felestin. 

episode 1 : 28 Jam Bersama Tentera Israel

2 Jun 2010: Kuala Lumpur: Wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail nyaris terkena tembakan komando Israel yang menyerang kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, Mavi Marmara, pagi kelmarin.

Menceritakan insiden itu untuk kali pertama selepas dibebaskan tentera Israel pagi tadi, Ashwad berkata sukarelawan Turki di kiri dan kanannya terkena tembakan komando Israel ketika serangan itu.

Katanya, tentera Israel mula mengepung kapal misi itu pada jam 11 malam dan menghampiri kapal mereka pada jam 2 pagi sebelum menyerang pada jam 4.30 pagi dengan sokongan bot dan kapal perang serta helikopter penggempur Apache.

"Kami diserang bertubi-tubi dan Alhamdulillah saya dan jurukamera, Shamsul (Kamal Abdul Latip), terselamat daripada tembakan di mana peluru hidup digunakan.

"Dua orang Turki di sebelah kiri dan kanan saya ditembak di bahagian tangan dan juga di bahagian bahu. Tapi saya sempat menyelamatkan diri dan merangkak turun dari dek kapal melarikan diri ke kawasan yang lebih selamat di dalamnya.

"Saya merangkak di kawasan yang berlumuran darah dan ternyata pengalaman yang memeritkan untuk kita imbas kembali tetapi jika diperhatikan kami berjaya membuka mata dunia tentang apa yang berlaku.

"Saya tidak menjangkakan bahawasanya Israel boleh bertindak sedemikian kerana kami orang awam di dalam kapal tetapi tindakan ketenteraan yang dilakukan. Ini satu isytihar perang atas kemanusiaan," katanya dalam lintas langsung dari sempadan Jordan semasa berita Awani tengah hari tadi.
Ashwad dan Shamsul adalah antara 12 sukarelawan negara yang ditawan bersama ratusan sukarelawan antarabangsa oleh tentera Israel kelmarin selepas kapal mereka diserang.

Sambil menyatakan kesyukuran dan penghargaan kepada semua pihak, khususnya kerajaan Malaysia, yang berusaha membebaskan mereka, Ashwad berkata pengalaman 28 jam ditahan tentera rejim Zionis itu amat memeritkan.

Katanya, keperitan yang dialami dalam tempoh singkat itu sudah cukup untuk beliau menyelami kesengsaraan yang ditanggung rakyat Palestin akibat kezaliman rejim Zionis selama enam dekad konflik Palestin-Israel itu.

"Apa yang saya dapat simpulkan, 28 jam itu saya boleh rasakan pengalaman konflik enam dekad Israel-Palestin, kesengsaraan Palestin di bawah kekejaman rejim Zionis dalam masa 28 jam dan ternyata tidak dapat digalas dengan segala apa yang ada pada kita," katanya.

Ditanya bagaimana layanan tentera Israel terhadap mereka, Ashwad enggan menjawabnya dan hanya mahu seluruh penonton memahami kezaliman rejim Zionis itu terhadap rakyat Palestin selama enam dekad.

"Seperti yang saya katakan tadi, mesej saya ringkas, saya merasakan konflik enam dekad Palestin-Israel bagaimana Palestin ditindas tetapi saya merasakan dalam tempoh 24 hingga 28 jam.

"Saya harap penonton semua termasuk Zaiful dan ibu bapa saya sudah mendapat mesej itu, Tak perlu saya huraikan jenis apa yang telah dilakukan ke atas saya," katanya.

-Laporan dipetik dari Bernama & Berita Harian 2 Jun 2010.


"Ya Allah, lindungilah hamba-hambaMu yang menjadi mangsa kekejaman Yahudi laknatullah. Sesungguhnya tiada daya dan upaya kami melainkan dengan pertolongan dariMu jua Ya Allah. Hanya kepadaMu kami berserah dan hanya kepadaMu kami mohon pertolongan.

END of episode 1