resepi hari ini (2)

aku makin galak menulis resipi yay.

mungkin ada setengah pihak cakap :

"haha, syok sorang"


tapi saya memang syok pun!

tambah-tambah bila umi saya cakap :

" are you going to cook lamb stew again? can't wait!"


tipu ja,

umi aku tak cakap macam tu, tapi umi aku cakap macam ni :

"kakp nak buat lagi stew kambing ke hari ni? sedap la yang hari tu."


HAHAHAHA


you know what is the best thing in your life? when your own mother said your cooking is delicious, tres superb!

ok hentikan merapik ini.

resipi hari ini : Lamb Stew campur style

nama stew ini Lamb Stew campur style kerana saya telah menggabungkan resipi Lamb Stew moroccan+irish+mcm2 la, hasilnya adalah nama yang diberi :D

1) mula2. eh eh eh

ok aku tahu resepi semalam ada susah sikit sebab aku tak tulis bahan2 lengkap. hari ini kita belajar dari kesilapan dengan menulis bahan2 terlebih dahulu okay!

Bahan-bahan



daging kambing ikut suka berapa banyak


bawang, yes wajib la bawang putih ke, bawang merah ke mereka kan adik beradik.











italian spices : rujuk wikipedia : bay leaves, basil, onion, fennel, rosemary, thyme etc.
boleh jugak : ketumbar, jintan manis, lada hitam, jintan puteh, serbuk cili, rosemary kering. (alamakkkk baru teringat aku lupa nak letak serbuk cili tadi, hahaha)


carrot, ubi, dan salery. potong besar-besar ok.


1 tin tomato















garam dan a pinch of sugar jangan dilupakan (semalam kita ada belajar tentang a pinch of sugar/salt : fungsinya utk menaikkan rasa. letak sikitttt saja ok, jangan smpai satu sudu besar pulak)


 cara-cara memasak

1) peram daging dengan semua herbs yang tertulis di atas.


2) mula2 goreng dulu daging sampai dia agak2 masak sikit. lepas tu angkat.











3) lepas tu masukkan bawang putih, halia (haluskan dulu) dan bawang merah berserta ubi, carrot da parsley. tumis semua sampai bawang layu.


4) part paling best, campakkan semua baki bahan2 yang belum dicampak tadi ke dalam periuk. kacau2 bagi rata sikit, biar la 2 jam, DUA JAM ye tuan-tuan dan puan-puan. boleh la bergosip dulu sambil tunggu dua jam tu.














gosip-gosip panas :

saya dapat rm2000 untuk tambang balik ke mesir. TERIMA KASIH KERAJAAN PULAU PINANG DAN PUSAT URUS ZAKAT PULAU PINANG, I LOVE YOU LAHHHHH! di bawah ada keratan akhbar yg aku copy-paste dari website www.manahala.com.1malaysia

PULAU PINANG, 2 MAC 2011- Bertempat di Dewan Sri Pinang yang terletak di Padang Kota, telah berlangsung acara yang dinantikan seluruh warga Pulau Pinang yang belajar di Mesir. Mana tidaknya, upacara penyerahan cek bernilai rm 1000 dari Pejabat Zakat Pulau Pinang dan LAGI SATU cek dari kerajaan Pulau Pinang telah ... Tetapi menurut seorang pelajar yang tidak mahu disebut namanya, sebenarnya jumlah rm 2000 itu tidak mencukupi, kerana harga tiket sahaja sudah bernilai hampir rm 2000.

" mana nak cukup cek habaq mai, nanti cek nak beli beg guess lagi, kasut sembonia lagi. patut depa bagi rm5000 teruih. sedih la cek dah la dtg sehelai sepinggang. nak balik mesiaq pun nak sehelai sepinggang jugak ka?"

itulah antara luahan hati seorang pelajar yg juga terkenal dengan jolokan nama shopaholicnya. apa-apa pun pesanan kami, akhbar tempatan cap durian buat pelajar2 supaya belajar bersungguh-sungguh da bersyukur apa yang ada sudeh. sekian tq :D.

eh dah dua jam...


4.1) sebelum dua jam sila la pergi rajin2 buat spaghetti dulu, ok??


5)  lepas dua jam boleh angkat hias dan hidang. boleh dimakan dengan mencicah dgn roti atau dihidang dengan spaghetti.

siap.

dah siap apa lagi, makan la :D.