resipi hari ini (1)

(tetibe berangan nak jadi chef)

sempena cuti yang tak disangka-sangka ini, saya telah berazam untuk meringankan tulang saya untuk membantu kedua umi abi saya yang selalu sibuk haih. oleh itu, segala skil memasak yang telah dipelajari sepanjang hampir dua tahun tidak balik ke malaysia telah di praktikkan sebaik-baiknya. hari ini saya telah membuat keputusan untuk memasak ikan salmon salai (la sangat) dan sayur campur mudah sekali.

 sayur campur masak sos tiram mudah sekali.

1) potong bahan-bahan. masuk je apa2 sayur yang ada dlm fridge tu. contoh : broccoli, cauliflower, sawi, mixed vege (jagung, kacang pea dan carrot). jangan lupa bawang merah, cili dan bawang putih. bawang putih tumbuk tapi tak payah la sampai halus, tumbuk ala kadar je. kalau nak tambah bahan bolehlah kupas kulit udang (buang setengah badan je, tinggalkan ekor) sebagai penambah selera.


2) masukkan bawang putih dulu, kalau sesetengah orang tua ni lagi suka tumis bawang putih dulu (haha, iyek2 je), tapi jangan sampai hangit pulak, dalam 4-5 saat tu dah boleh masuk bawang merah dah. dah wangi sikit sila la campakkan pulak udang tadi dan goreng hingga masak (kemerah-merahan).


3) kemudian masukkan sedikit air (diulangi,SEDIKIT ya, bak kata chef Laura Calder, AFC French Food at Home, sedikit : a splash of water : lebih kurang setengah cawan minum teh ). kemudian bila dah agak2 air tu dah panas sikit boleh la cmpakkan sayur2 campur tadi. tuangkan sos tiram sesedap rasa. di ingatkan supaya jangan campak sekali dgn daun sawi sbb nanti cepat layu. kacau2 sikit sayur2 tadi.


4) masukkan tomato yg dah dipotong 4, masukkan sayur sawi. kacau seminit, biar seminit. and untuk menaikkan rasa, add a pinch of sugar, sikit saja. kacau sikit2 da siap. sedap dimakan dengan ikan goreng yang digoreng panas.

tips : tahukah anda untuk menaikkan rasa air soya supaya rasanya lebih berlemak,tambahkan garam sedikit ke dalam bancuhan air soya, percaya tak?












selingan

OPS PYRAMID 2011.

04/02/2011 tiba di malaysia, trip hari kedua dari jeddah. menaiki pesawat MH8013. alhamdulillah.

sebelum selamat sampai ke malaysia, mcm2 dah dilalui.
kebanyakan rasanya tak berlemak, pahit mcm peria banyak la (ceh macam pernah makan peria hahaha)
bila dah jadi mcm ni, kita akan jumpa mcm2 jenis spesis manusia.
cakap saja.

yang menangis.
yang makan saja.
yang happy.
yang menjual barang makanan.
yang sibuk.
        sibuk dengan kerja
        sibuk bergossip HAHAHA ( aku la tu)
yang paling penting

yang pentingkan diri sendiri.

ya ya ya.
tahu la nyawa itu berharga.
tapi apa yang berlaku di mesir itu alhamdulillah demonstrasi besar-besaran secara AMAN!

* tiba-tiba gelak sorang2 hahahaha
macam mana la orang boleh cakap dalam akhbar tempatan

SEPERTI BERADA DI PALESTIN
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2011020301174520110203011745/Article

eh boleh abaikan gelak2 aku di atas, sebab aku pun tergolong dalam golongan orang-orang yang over panik jugakkkkkk hahahha.

sebagai salah seorang yang terlibat dalam sejarah revolusi mesir 2011, eloklah aku merakamkan detik-detik menarik sepanjang revolusi ini berlangsung.
apa-apa pun kita makan dulu. adik-adik aku dah balik sekolah. lapar tunggu budak2 ni balik :(.

byeee. and sila cuba resipi sayur campur mudah sekali yay.