a good story to share Part 1



Al-Waqiah

2009

setiap pagi jumaat, umi wajibkan kami untuk pergi ceramah agama dekat masjid belakang rumah. walaupun malas tapi sebab kecut perut takut umi marah kami pergi juga. aku dengan kaklong sarong je abaya abi beli dekat Makkah, sebab malas nak pikir2 lagi nak pakai baju apa. lepas tu aku bonceng scooter menuju ke surau belakang rumah.

aku ingatkan dah tak ada dah ceramah agama selepas setahun aku pergi belajar dekat mesir. alhamdulillah, istiqamah juga orang taman ria jaya ni. sebenarnya seronok pergi ceramah agama, cuma yang tak bestnya semua yang ada kat situ cuma awek2 yg dah berkedut atau yg berkepit dengan anak masing2. boleh kata aku dgn kaklong dgn 2,3 remaja perempuan lain je yg dtg nk dgr ceramah, itupun mesti mak diorang yg suruh macam umi suruh kami la lebih kurang.

kami sampai dah agak lewat, tapi biasa la ceramah agama, banyak selit menyelit ceramah benda lain yang lari dari tajuk. jadi tak banyak la yang ketinggalan.

hari ni ceramah agama pasal macam mana nak jadi kaya (hahaha). sebenarnya tajuk dia lain, tapi sebab datang lambat aku pun buat la tajuk sendiri berdasarkan isi2 ceramah. 

ustaz abdullah (bukan nama sebenar, sebab tajuk pun tak tahu inikan pula nama ustaz tu) berkongsi tips2 kaya atau dengan nama yg lebih sedapnya, mengelak kefakiran, dan dikurniakan Allah rezeki yang melimpah ruah.

antara yg aku masih ingat :

1) baca surah al-Waqiah
2) berdoa semasa gap antara selepas azan dgn sebelum iqamat.
3) berdoa antara dua khutbah
4) rajin-rajin baca matsurat sebab ada doa untuk elakkan kefakiran

hehehe itu je kot yang aku still ingat smpai sekarang, tapi tak amal sebab tgh tak sesak sangat. ada la aku beli buku tentang amalan2 tu tapi kaklong aku pergi bagi buku tu kat boyfriend dia dengan harapan boyfriend dia dilimpahkan rezeki yg byk dan boleh kahwin cepat cit.

2011

aku menangis teresak-esak mengenangkan nasib aku. haih, duit dalam purse tinggal 5LE 4 keping, 25sen 2 keping, coins ada la 5.50le. hari ni baru 16/6/2011. ada lagi 14 hari lagi nak hidup untuk bulan june ni. cukup la kot 26LE amin.

entah kenapa selak2 buku Surah-surah Pilihan teringat dekat surah al-Waqiah. terbaca fadhilat membaca surah al-Waqiah.

Rasulullah berpesan kepada sahabat baginda supaya diajarkan anak-anak permpuan surah al-Waqiah untuk mengelakkan kefakiran.

Rasulullah bersabda :
Man qara’a suratal-Waqi’ati kulla lailatil lam tusibhu faqah, wa suratul-Waqi’ati suratul-gina faqra’uha wa ’allimuha aulada-kum.
Ertinya:
“Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah tiap malam, maka tidak akan menimpa kepadanya kepapaan. Dan surat Al-Waqi’ah adalah surat kaya, maka bacalah dan ajarkanlah kepada anak-anak kamu.”

aku pun baca surah al-Waqiah 3 kali selepas waktu asar. lega juga rasa serabut dalam hati. tawakal je la, ada insyaAllah rezeki tuhan untuk aku, amin.

baru teringat malam ni ada program solat sunat Hifzi dekat imarah malaya. lepas bersiap tgk purse balik. hurm, tadi ika pesan belikan air dengan cawan plastik. aku korek semua 26LE kat dlm purse dan berjalan keluar rumah sebelum masuk maghrib, takut malam sangat tak pergi terus pulak.

sampai kedai plastik beli cawan plastik 20 cawan 2LE (dalam hati, oh murah jugak cawan plastik ni). lepas tu on the way dah masuk azan. dah nak sampai imarah malaya singgah kedai runcit kecil, nak beli air mineral. pakcik tu cakap air sebotol 2LE. kira2 duit kertas, ada 20LE, boleh beli 10botol. tapi korek2 lagi poket, jumpa duit syiling lagi 4LE. boleh beli air mineral sekotak (12botol).

dah beli semua, dalam hati terdetik nak sedekahkan semua yg baru beli tadi. macam ada konflik dalam hati, kalau sedekah semua, itu duit terakhir aku untuk bulan ni. tapi bukan selalu dapat buat amal, aku dah la banyak dosa, amalan sekangkang kera. dalam hati ragu2. dalam ragu2 tu sampai rumah yang dituju. bila masuk je rumah tengok semua tengah buka puasa, aku terus tekadkan hati. aku tak puasa hari ini!!! aku kena juga buat sesuatu untuk ganti puasa yang orang lain buat tapi aku tak buat. aku nak sedekahkan duit terakhir aku demi mendapat redhaMu ya Allah. kemudian, aku duduk bersandar pada dinding, sambil baca al-Quran sementara tunggu semua jemaah sampai.

kring kring (ini bukan bunyi phone atau jam loceng, tapi bunyi loceng pintu)

ada seorang sahabat sampai. oh, wan rupanya. tiba-tiba dia duduk depan aku sambil buka zip beg. lepas tu dia keluar kan sampul putih dari beg.

" sofiyyah, ini ada pesanan dari Ili, duit modal hari tu. "

...



tergamam. memang rasa sangat sebak dan sedih masa tu. sebab tak sangka rezeki tiba-tiba muncul depan mata.


ALHAMDULILLAH. syukur tidak terhingga dengan limpah dan kurniaMu ya Allah. sesungguhnya Kau Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.