if i ain't got you

(background music: If I Ain't Got You; cover by Peter Lee Johnson)




Tuhan dah tetapkan yang terbaik dalam hidup kita.
Kadang-kadang kita gagal dan kita mengalah.
Kadang-kadang kita berjaya dan kita mudah megah.
Apa yang bezakan kamu dan aku, kau tahu?

Kenapa suka kamu menyalahkan orang lain atas salahnya kamu sendiri?
Kenapa suka kamu mengaku hebatnya kamu bila kejayaan melangit tinggi?

Lupa agaknya siapa yang beri musibah dan bahagia.
Kamu lupa Tuhan agaknya.

Aku bukan manusia yang baik mana.
Aku manusia penuh hina.
Kamu pun sama.
Kenapa mudah kamu lemparkan semua salah atas aku saja?
Oh lupa,
Kamu kan manusia sempurna.
Maaf aku ini pelupa.

Maaf aku ini manusia hina yang tidak punya harta.
Budi bahasa setakat apa yang ada.
Sabar aku pun sekangkang kera.

Tapi aku takkan lupa satu perkara.
Tuhan itu ada.
Tuhan itu ada.
Tuhan itu ada.

Aku tak perlu belas manusia.
Hati manusia ini Tuhan yang punya.
Aku hanya perlu minta pada Tuhan aku.
Kasihanilah aku yang lemah.
Kasihanilah aku yang tiada apa sebatang kara.
Aku tak perlu merayu manusia percaya pada aku.
Semua itu tak perlu.
Cukup Tuhan saja yang tahu.
Tuhan tak buta macam kamu, kamu dan kamu.
Manusia tak akan bantu aku kalau Tuhan tak buka hati mereka untukku.
Semua atas ketetapan Tuhan.
Aku percaya itu, bagaimana kamu?

Aku mungkin nampak jahil di matamu.
Ya, benar itu.
Aku tak sangkal.
Tapi banding jahil aku dengan takbur, riak, dan bangga kamu.
Kamu katakan kamu tidak takbur.
Kamu katakan kamu tidak riak.
Jauh sekali kamu berbangga.
Tapi sebenarnya pada hari kamu jatuhkan hukuman pada aku,
Tanpa kamu mendengar walau sekelumit kata dari aku,
Kamu patut sedar siapa kamu.