0834 asmaradana

morning everybody! memandangkan hari ini kita akan bersembang-sembang tentang drama melayu, marilah kita menggunakan bahasa ibunda kita sepenuhnya :D.



mari kita meng-kompelin drama samaradana. eh eh tahu tak drama asmaradana? biasa la drama tipikal melayu yang konon-konon keluarga kaya raya keturunan tengku tapi orang tua ibu tengku-tengku dan menantu raja malia tak berhati perut dan tidak bertimbang rasa. kemudian cinta yang tak kesampaian antara watak utama tengku azizah dengan amran. cerita biasa potong break kereta dengan tujuan membunuh fariz suami azizah kerana amran ingin mendapatkan azizah semula. alah bosannya apabila berlakunya adegan amran berbisik ingin menghancurkan keluarga dan syarikat kalam holding pada raja malia yang lumpuh separuh badan akibat stroke. alah semua cerita tipikal yang pastinya watak jahat akan gila dan akhirnya mati dibunuh kekasih hati sendiri.

ya, walaupun tipikal saya berjaya menghabiskan 25 episod cerita ini. dan tahniah buat tiz zaqyah yang berjaya membawa watak tengku azizah anak malang dan syehaizy sam (kalau tak silap eja) sebagai amran kekasih gelap. tapi saya bosan dengan lakonan iqram dinzly dan puteri sarah. aiyak. mari kita saksikan adegan-menarik yang saya rasakan agak L.A.W.A.K tadaaaaaaaaa.

1) anak pencuci tapi bergaya. ini yang orang katakan biar poket kosong asal kacak baju branded.


wow. tengok topi amran. hard rock cafe BEIJING. bila pergi beijing bang. ada pulak duit. bayar aja duit ah long yang ayah kamu hutang rm30,000.00 tu

2) honestly make up azizah agak tebal macam opera cina atau kulit dia yang terlampau putih. saya lagi minat fesyen raja malia. lagi satu, rambut dia tak ada style yang lagi remaja ke? style rambut begini tak sesuai untuk azizah yang mempunyai muka yang agak bulat-bulat. biarkan rambut dia lepas. kan cantik azizah berambut lepas, lagi cantik watak tiz dalam nur kasih bertudung. kan kan kan?


rambut siput put put


 raja malia vogue


tiz comel bertudung dlm nurkasih

3) saya paling tak suka bila ada polis tapi orang tak pakai (mungkin sebab pengarah pun boikot polis sebab kes arwah aminurrashid?). polis datang bila orang dah mati je. mula-mula bapak amran mati baru nampak polis. lepas tu mimi mati baru nampak polis. yang azizah konon cerdik pandai kebanggaan keluarga nih tak pakai kepala ke laporkan kes-kes yang amran disyaki membunuh SELURUH ahli keluarga tengku farouq. kalau saya la tak ada nak kumpul-kumpul bukti dah. amran agak cerdik lebih sikit dari azizah sebab ada penyiasat nak cari fariz yang koma. azizah tak ada duit ke nak upah PI sendiri?


4) tips untuk secret admire di luar sana. kalau ada minat someone, sila letak gambar si dia dalam novel yang bertajuk cinta rahsia. signifikan sikit.


peminat rahsia = cinta rahsia = gambar dalam buku
5) kalau marah je style dia sama je mimi nih. try la style lain pulak. baling pinggan ke bantal la paling koman. tak pun buat style amran macam2 style marah ada baling tie masuk tong sampah, tendang kereta, belasah mimi, bunuh semua orang, baru la ada style. baru la orang tak bosan.


mimi mengamuk aummm

6) azizah, pistol depan mata kenapa kena tunggu sampai suami awak separuh mati kena pukul tendang dengan amran? tak kesian ke tengok suami awak kena belasah.alamak ending dah la tak best. tamat gitu je lepas amran kena tembak. pengarah dah habis idea ke macam mana nak buat ending yang menarik?


kesimpulannya, drama asmaradana ini sangat best. (boleh dah kompelin banyak-banyak lepas tu cakap drama nih best?haha. but seriously, drama nih menarik sebab pelakon utama bijak bawa watak. tahniah azizah dan amran). till now buhbyeeeeee.